JOIN me.. ^_^ [follow and read my writing u'oLLs]

Friday, March 04, 2011

= indAhnya fAjar SiddiQ =

Liat untuk bangkit dinihari (awal pagi) ??
hehe maka liatlah juge untuk kite mendirikan solat Subuh.
Mari kita sama-sama muhasabah diri....

Rasulullah SAW sendiri menyedari bahawa waktu Subuh memang sukar untuk bangun dari tidur. Seowg Muslim apabila dibiarkan begitu saja, mereka akan memilih untuk terus lena sehingga terjaga d sambar sang mentari lalu tertinggallah solat Subuh o "Subuh Gajah" = mengerjakan solat Subuh tidak pada waktu yg betul.

Erm.. ketika seseowg itu tidur (menjelang waktu Subuh), Syaitan sedang membuat 3 simpulan di tengkuknya. Setiap simpulan di hembuskan... "malammu masih panjang, tidurlah...".

Jika terpedaya dengan hasutan ini, terlepaslah solat Subuh yg banyak fadilat n keberkatan nyer. Tetapi jika dia bangun dan berzikir kepada Allah, maka lepaslah 1 simpul. Kemudian jika dia berWuduk, maka lepaslah 1 simpul lagi dan jika dia mendirikan solat Subuh, terlepaslah kesemua simpulan tadi.


Rasulullah SAW bersabda, bermaksud : " Sesiapa yg menunaikan solat Subuh maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu pendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." -hadis riwayat Muslim-

solat Subuh adalah ibadat yg dilaksanakan ketika fajar Siddiq n berakhir pada waktu matahari terbit. Solat 2 rakaat ini memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya tinggi dalam Islam n nilainya yg tinggi dalam syariat. Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia n seisinya, sebagaimana d sebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Tarmizi : "Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, 2 rakaat solat fajar pahalanya lebih indah daripada dunia n seisinya." Begitulah keistimewaan solat Subuh.

"Barang siapa yg solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam 1 malam penuh." -hadis riwayat Muslim-

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya d hari kiamat. D hari itu, semua sumber cahaya d dunia akan padam. Matahari akan d gulung, ibadat yg akan menerangi pelakunya.

"Barang siapa yg solat dua waktu yg dingin, maka akan masuk syurga." -hadis riwayat Bukhari-

Dua waktu yg dingin itu adalah solat Subuh n Asar. Mereka yg menjaga solat Subuh n Asar d janjikan kelak d syurga akan melihat Allah SWT.

Rasulullah SAW berjanji, apabila solat Subuh d kerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yg mengerjakannya seharian penuh.

Rasulullah SAW bersabda, bermaksud : " Barang siapa yg menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah."

______Semoga kita tetap menjaga solat Subuh seperti d janjikan Allah_____

Bergegaslah bangun dari lena apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera menunaikan solat Subuh, lebih lagi ke masjid o surau tuk berjemaah.
Moge setiap urusan kita d permudahkan oleh-Nya.
AMIN



~Makna Bacaan Doa Qunut~

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. 

Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. 
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. 
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. 
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. 
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. 
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. 
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. 
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. 
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. 
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. 

------------- renungan n peringatan bersama-------------------

1 comment:

al_hakim said...

terima kasih di atas perkongsian ini..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...