JOIN me.. ^_^ [follow and read my writing u'oLLs]

Sunday, August 28, 2011

Kelebihan Solat Tarawih : Day 26-30

As Salam...
Hye u guys, aku hampir terlupa tuk berkongsi malam-malam terakhir fadhilat solat terawih nie ngan korang..
jom lihat apa kita dapat..



26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.


28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.


29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.


30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.




************

pergh!! lebih hebat kita dapat ganjarannyer
pada malam-malam terakhir nie yer..
jangan lupa menunaikan nyer ^_^

Rumah Amal Asnaf Murni


fuhh !! penat berjalan d dalam tesco..
kaki lenguh and mengantuk..
[hoho salah sendiri cuz balik lambat semalam]

hehe..
walau apa pun prasaan ku tika nie..
i'm hapiie dapat bawak anak2@adik2 nie p shopping..

ceronok nengok mereka hapie ..
dapat bli baju baru la katekan..
cam2 tau diowng berkenan..
tapi.... budget kecik, aku lak kurang "ongkos"..
xdapatlah nak berbelanja besa tuk mereka...
ahakxx...
[xpe2.. ada peluang nnt, i/Allah aku akan bantu takat termampu]

oh, ya!! lupe plak..story skit.. ^_^
kanak2 nie dari rumah amal ASNAF MURNI..
dengar nye diowng baru berpindah ke 
Nusari Bayu 2, Seri Sendayan, N9 nie ..
b4 nie aku lupe nak tanye katne, rasenyer sekitar Seremban..

erm.. ok lah.. lets see our "snap"
^_^


""kami..and  Iqin[tukang snap dis picca]



""ni lah suasana nyer b4 gerak b"shopping""
gerak shopping around 11a.m.




nie aku n partner (iqin) with anak2 #_#
[cibuk cakap tepon]

v
v
v
v



snap again with them.. *_*



**tengok 2 diowng pilih tudung ""
cari jgn xcari... hehe



habis sudah shopping.. nengok muka hapie diowang
^_*



"powerPUFF gurl"
ahakxx.. sunglassess 2 korang and new watch
[dah smpai umah time ni, around 1p.m]



nie member2 aku [wardah and farhana] 
with their anak2..
cute jerk, diowng p letak diong ni duk dalam trolii..




nie plak S.I and Ann
**penat melayan umar Faruq yg kurang cakap
xtau apa die nak and suke..
kecik lai kan.. sabar ye member2ku..
kuat2.. %_%




ahakxxx.... mereka dapat ampow RAYA awal, k
korang jangan jelez tau..
^_^



*******************************************

nilah anak2 aku and iqin..
^_^
[tetiba jd mak ..]


si kakak :: SAYDAH MUSLIHA


si adik :: NABILA LIJANNA






p/s :: erm.. seronak melayan kerenah mereka.. tapi penat.. kekadang leh ilang sabar
        '...... nampak nyer aku lom ready tuk mempunyai anak wat masa skank.... 
         banyak nak kne blajar... and biase kan diri.. wahahahahaha..
         ......willl miss them.... 
p/s/s:: bila lah aku nak kawin nie?? en pakwe, sila jawab!! hahaahaaa

[aku 1st time join keje amal nie... not bad gak.. kalau ada peluang lai, teringin nak follow lai]

Wednesday, August 24, 2011

"" UNIFI ""





erm..
alhamdulillah..
selepas terkandas and tersungkur d pertengahan "highway"
hehe ^_^

akhirnyer berjaya menyambung kerjaya..
d jangka akan bermula selepas raya..
moga2 rezki ada d sni.
AMIN..





*******************

p/s : cayok2!!
usaha tangga kejayaan
#_^

Monday, August 22, 2011

Puisi "PilihanKU"






Pilihanku..
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata..
Takut jika diwarnai kegelapan..
Kita buta hilang arah..

Pilihanku..
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..
Andainya suara dikaburi fitnah,
Kita rebah tiada bermaya..

Pilihanku..
Bukan pada banyaknya harta dunia,
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Bimbang kemewahan membawa leka..
Menghilangkan cinta kita pada-Nya..
Lalu di manakah bahagia?

Pilihanku itu..
seorang yang buta..
Buta menilai paras rupa..
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..
Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia

Pilihanku itu...
Seorang yang bisu..
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..
Kerana harapan disandarkan pada Illahi..
Pendiriannya menusuk nurani hawa..
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud seorang hamba

Pilihanku itu..
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur
Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..

Pilihan kami..
Pada agama yang memelihara
Pada Syahadah yang mengiringi
Pada al-Quran yang membimbing..

Biar..
Cinta kami pada Maha Menyintai..
Kerana janji-Nya yang pasti
Cinta kami pada kekasih Illahi
Kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki
Kasih isteri pada cinta yang diberi..
Biarlah sampai ke Akhirat nanti...
Kerana yang sebenarnya ku mahukan padanya..
Bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi teman menuju Syurgawi..




************************

'Ramai yang mencari cinta tetapi tertipu olehnya,
Ramai yang kecewa kerana cinta dan putus asa pada rahmat-Nya,
Ramai yang membenci cinta dan membenci nyawanya.'

"Cinta yang dicari tanpa melalui Pencipta adalah cinta yang tiada batasnya. 
Cinta tanpa batasan hanya cinta sekadar hiburan. 
Hiburan yang bukan hanya melalaikan jiwa, menggelapkan hati malah buta pada Pencipta. 
Apabila musibah melanda, mula salahkan Tuhan kerana tidak menyedarkan daripada leka. 
Hati kita yang lemah, sentiasa digodai nafsu, 
sebab itu kita kena berpegang pada sandaran yang kukuh, Allah S.W.T. 
Adanya Iman.. apapun cabaran kita tetap mara ke hadapan. Insya-Allah."


****** hanya pada-Mu ******


Puisi "Aku Jatuh Cinta "





CINTA..
Andai saja kau bisa merasa getaran HATIku,
Kau akan tahu betapa aku sangat meRINDUi-Mu..
Andai saja kau bisa menadah AIR MATAku,
Kau akan tahu betapa aku takut keHILANGan-Mu..
Andai saja kau JAUH dari diriku,
Kau akan lihat betapa KOSONGnya hidupku..
Andai saja kau HILANG dariku..
Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan JIWAku!

Cinta..
Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihat-Mu..
Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku..
Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan..
Biar harta dan jasad terkorban..
Kerana cinta ini yang ku damba!

Cinta..
Menyebut nama-Mu takkan pernah jemu..
Mengingatimu takkan pernah lupa..
Memujimu takkan pernah rapuh..
Janji-Mu sentiasa teguh..
Cinta sehidup dan selepas mati..
Cinta yang sentiasa bahagia walau derita..
Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu!
Aku hidup kerana cinta itu!
AKu mati kerana cinta itu!

Cukup bagiku cinta-Mu..
Itulah pelindung yang memeliharaku..
Itulah ketenangan yang mententeramkan aku..
Itulah kebahagiaan yang menyinariku..

Engkau yang selalu ada..
Engkau yang sentiasa bersama..
Saat suka dan duka..
Aku cinta pada-Mu..
Aku cinta pada takdir-Mu..
Aku cinta pada jalan-Mu..

Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buat-Mu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingati-Mu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman pada-Mu..



** mohon d kongsi

Sunday, August 21, 2011

Kisah Teladan 11 : Kisah bumi dan langit



                         
Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, "Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah s.w.t. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain." Berkata langit, "Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, 'arasy, kursi dan syurga ada padaku."


Berkata bumi, "Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik)."

                            
Bumi berkata lagi, "Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah s.w.t. seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari'atnya juga di tempatku." 



Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah s.w.t. dengan berkata, "YaAllah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga."

                       

Lalu Allah s.w.t. mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah s.w.t. memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, "Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau 'Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini."

Jibrail a.s.bertanya, " Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?"

Allah s.w.t. berfirman, maksudnya, "Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu." 

Kemudian Jibrail a.s. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat namaMuhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail a.s.terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail a.s. menghampiri buraq itu lalu bertanya, "Mengapa engkau menangis, ya buraq?"

                            
Berkata buraq, "Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan." 

Berkata Jibrail a.s., "Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu." Kemudian Jibrail a.s.memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. Wallahu'alam.



************

Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah s.a.w. 
dalam perjalanan Israk dan Mikraj.




YEAH! aku JUMPA and BELI !!

Akhirnya kini pasti
Ku merasai cinta nan suci
Bahagia pabila ku bersama
Sungguh indahnya
Hadir dirinya suatu kurnia
Daku gembira... auw !

[wah dah macam penyanyi plak]
hehe
bukan pe..
aku dah lama cari dis book...
agaknyer laris jualan d pasaran
sampai kehabisan stock..

korang yg meminati novel melayu
mesti tau pasal penulis nie

SITI ROZMIZAH

kenal x?
hehe



nie lah novel yg aku cari2 tue..




Lafazkan kalimah Cintamu

and

7hari MencintaiKu

*********************************

aku harap both novel dapat memuaskan hati aku
hoho..
ramai pembaca mengatakan BESH!!
[cam novel2 beliau sebelum nie]

^_^





p/s :: tunggu feedback aku pas habis read nnt

STEAMBOAT house, Dataran Senawang


[main masak-masak]

hehe
As Salam kamu owang semue.. ^_^
amacam hari nie?
ada baik?
so, d sebabkan waktu berbuka dah nak dekat..
korang mau berbuka d mana hari nie??
d home o d outside??

aku? hari nie aku berbuka d home sweet home jerk..

orait!! 
hari nie aku nak kongsi 1 g tempat berbuka..
nie tempat semlm aku p makan ngn kawan2..

STEAMBOAT HOUSE
dataran senawang
^_^

jom nengok apa aku ada tuk korang..
ahakxx...

v
v
v
v
v
v



yum!!yum!!yum!!
meja 1 :: nampak x keTamakan kami. ahakxx



hohoho!!
meja 2 :: slow2..




Last-round..

** tenyang sangat2..

korang kalau teringin nak makan steamboat+grill
and ada sekitar n9..
leh la p try makan kat tempat nie..
RM22/head.. makan la sampai lebam...
wahahahaha



ENJOY UR MEAL ^_^



Saturday, August 20, 2011

Kisah Teladan 10 : Al-Quran sebagai pembela





Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w.memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." 

Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya,
 "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"


Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." 

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. 

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya :
 "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" 
Lalu dijawab : 
"Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."




**************************
inilah sebaik-baik nyer dengan membaca dan memahami (mempelajari) Al-Quran
[serta mengjunjung kitab suci ini]



Kelebihan Solat Tarawih : Day 21-25

Salam early morning..
Erm... dalam sedar x sedar, malam nie kita dah masuk malam ke-21 ber"tarawih"....
apa lai.. jom kita menunaikan nyer and dapatkan fadhilat terbaik malam nie dan malam-malam seterusnyer...
AYUH!!!!



21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.


22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.


23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.


24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.



**********************************
p/s : kita sentiase terbuka tuk dekatkan diri dengan-Nya
Subhanallah...



Friday, August 19, 2011

MURNI discovery ^_^ ... thumbsUP!!


hoho...
malam u'olls...
erm.. hari nie aku nak kongsi satu tempat ngan korang...
mayb ad sesetengah dari korang dah tau..
RESTORAN MURNI ^_^
[area kelana jaya]

1st time aku p nie...
semalam masa bukak pose..
fuhh!! nasib baik pose.. so, nafsu makan kureng skit..
MARI.. jamu mata ngan makanan n minuman yg ak n mbr2 plih..


** lily, honeydue, rebenna, apple... "SPECIAL" **
[semue name air ad special]
- mmg speacial la u'olls.. ad buah campur lai kt dalam air -



** speaghetti meat ball **


** nasi goreng chicken chop **


** nasi goreng Napoleon"**


** nasi goreng (alamak aku lupa la name nasi nie) hehe **

= overall semue cedap and berpatutan la RM nyer ...
apa kata korang cuba lak nanti k... *_*
ENJOY ur meal..


********************************************
p/s :: makan berpada-pada yer .... 

oppss lupa nak habaq... service die pun bagus..
laju  cepat tue bro...
xrase tertunggu-tunggu pun.. 
[tapi xtau la kan.. klu time tu je hoho]




Sunday, August 14, 2011

Kisah Teladan 9 : Nafsu yang degil


                           
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan akal, maka Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah s.w.t., kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

                     
Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah s.w.t.menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. KemudianAllah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah s.w.t. menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

                        
Lalu Allah s.w.t. menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

                        
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah s.w.t. mewajibkan puasa.


***********************
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat 
oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu,
 jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, 
sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah!!!

** lumrah manusia, nafsu menguasai diri...jagalah and kawal ia...


Kisah Teladan 8 : Anjing-anjing neraka


Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Mu'adz, 
"Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

  1. Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin. 
  2.  Bacalah Al-Quran 
  3. Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain. 
  4. Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain. 
  5. Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka. 
  6. Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat. 
  7. Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik. 
  8. Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain. 
  9. Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain. 
  10. Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.  




Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."Sabda Rasulullah s.a.w., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?" Sabda Rasulullah s.a.w., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah s.w.t."


*********************
jagalah setiap perbuatan kita..
mana yang kurang, kita tambah dengan mengamalkan
Al-Quran, zikir, selawat..
dan segala suruhan-Nya yang perlu kita patuhi..
Insya' Allah.. kita berada dalam lindungan-Nya..

^_^




Kelebihan Solat Tarawih : Day 16-20

orait... hari nie aku nak kongsi tuk malam ke-16 sampai malam ke-20 yer...
sebab aku xline tenet tuk berkongsi satu2...
so, aku combine kan skali.. hehe ^_^



16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.


21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.



*************
rebutlah kelebihan2 malam solat tarawih nie yer..
banyak yang kita akan peroleh..
selamat mengerjakan solat tarawih ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...